Fonologi Bahasa Semitik Purba

Vokal

Semitik Purba mempunyai tiga vokal iaitu *a, *i, *u, serta pemanjangan vokal fonemik, biasanya ditandakan dengan garis atas: *ā, *ī, *ū.[10] Vokal-vokal ini masih digunakan dalam bahasa Arab Klasik.[11]

Konsonan

Rekonstruksi bahasa Semitik Purba kebanyakannya berasaskan bahasa Arab, yang telah mengekalkan banyak fonologi dan morfologinya (terutamanya dalam Bahasa Arab Klasik). Bahasa Arab mempunyai 28 daripada 29 fonem konsonan dalam Semitik Purba.[12] Ini bermakna Semitik Purba dan Arab berkongsi banyak persamaan dalam sistem bunyi, dan bahasa Arab hanya kurang satu fonem daripada Semitik Purba, dengan *s dan *š bergabung menjadi bahasa Arab /s/ ⟨س⟩ dan *ś menjadi Arab /ʃ/ ⟨ش⟩. Oleh yang demikian, Semitik Purba biasanya direkonstruksikan dengan fonem-fonem berikut (seperti yang biasa ditranskripsikan dalam kajian bahasa Semitik):[13]

Fonem konsonan Semitik Purba[11]
JenisCara artikulasiSuaraBibirAntara gigiGusiLelangitVelar/UvularFarinksGlotis
TengahSisi
ObstruenHentiantak bersuara*p [p]*t [t]*k [k]

,ˀ [ʔ]

penegas()[lower-alpha 1]*ṭ []*q/ []
bersuara*b [b]*d [d]*g [g]
Letusantak bersuara*s [t͡s] [t͡ɬ]
penegas*ṯ̣/θ̣/ [t͡θʼ]*ṣ [t͡sʼ]*ṣ́/ḏ̣ [t͡ɬʼ]
bersuara*z [d͡z]
Geserantak bersuara*ṯ/θ [θ] [ʃ]*ḫ/ [x~χ]*ḥ [ħ]*h [h]
penegas(~χʼ)[lower-alpha 2]
bersuara*ḏ [ð]/ [ɣ~ʁ],ˤ [ʕ]
NyaringGetaran*r [r]
Malaran tak geser*w/u [w]*l [l]*y/i [j]
Sengau*m [m]*n [n]
  1. Woodard (2008, m/s 219) mencadangkan terdapat p penegas dalam beberapa bahasa Semitik yang berbeza mungkin menunjukkan bahawa fonem penegas seperti itu terdapat dalam bahasa Semitik Purba.
  2. Huehnergard (2003, m/s 49) mengemukakan pendapat minoriti bahawa geseran velar ejektif wujud dalam Semitik Purba.

Fonem rekonstruksi *s *z *ṣ *ś *ṣ́ *ṯ̣, yang ditunjukkan sebagai konsonan letusan dalam jadual di atas juga boleh di terjemahkan sebagai geseran (/s z sʼ ɬ ɬʼ θʼ/), seperti yang dibincangkan di bawah. Ini cara rekonstruksi yang lama, mencerminkan kenapa tanda-tanda diguna.

Sistem konsonan Semitik Purba terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang mempunyai tiga konsonan tak bersuara, bersuara dan "penegas" yang berkaitan. Terdapat lima kumpulan konsonan rekonstruksi dalam Semitik Purba:

Kebanyakan konsonan disebut seperti dalam jadual mengikut Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Akan tetapi, dua kumpulan konsonan perlukan diterangkan.

Penegas

Bunyi-bunyi yang dipanggil sebagai "konsonan penegas" terdapat dalam hampir semua bahasa Semitik dan juga kebanyakan bahasa Afro-Asia lain, dan ia biasanya direkonstruksikan sebagai pengglotisan dalam bahasa Semitik Purba.[14][11][nb 1] Contohnya, *ṭ, dibunyikan sebagai [tʼ]. Lihat di bawah untuk bunyi-bunyi letusan/geseran.

Dalam bahasa-bahasa Semitik moden, bunyi-bunyi penegas disebut dengan pelbagai cara, seperti menggunakan farinks (Arab, Aram, Ibrani Tiberia (seperti [tˤ]), pengglotisan (bahasa Semitik Ethiopia, bahasa Arab Selatan Moden, seperti [tʼ]), atau sebagai konsonan halus (bahasa Turoyo di Tur Abdin seperti [t˭]);[15] Ibrani Ashkenaz dan Malta pula berbeza dan bunyi penegas bergabung menjadi konsonan biasa kerana pengaruh bahasa-bahasa Indo-Eropah (bahasa Sicily untuk bahasa Malta, pelbagai bahasa untuk Ibrani).

Konsonan bibir penegas *ṗ terdapat dalam beberapa bahasa Semitik tetapi tidak diketahui jika ia fonem dalam Semitik Purba.

  • Bahasa Semitik Ethiopia klasik, lebih dikenali sebagai Geʽez, adalah bahasa Semitik yang unik kerana membezakan ketiga-tiga /p/, /f/, dan /pʼ/. Konsonan /p/ dan /pʼ/ hadir kebanyakannya dalam kata pinjaman (terutama daripada bahasa Yunani), namun terdapat banyak contohnya terjadi dalam perkataan-perkataan yang kurang jelas asal usulnya (seperti hepʼä 'pukul', häppälä 'mencuci pakaian').[16]
  • Menurut Hetzron, Ibrani telah mempunyai fonem bibiran penegas ṗ untuk melambangkan /p/ yang tidak dihembus dalam bahasa Iran dan Yunani.[17]

Bunyi geseran

Rekonstruksi Semitik Purba mempunyai sembilan bunyi geseran yang biasanya menjadi sibilan dalam bahasa-bahasa turunan, tetapi tiada kesepakatan jika semua bunyinya sudah menjadi sibilan dalam Semiti Purba:

  • Dua geseran bersuara *ð, *z yang akhirnya menjadi /z/ untuk bahasa Ibrani dan Geʽez (/ð/ dalam Geʽez awal), tetapi /ð/ dan /z/ dalam bahasa Arab
  • Empat geseran tidak bersuara
    • *θ (*ṯ) yang menjadi /ʃ/ dalam bahasa Ibrani tetapi /θ/ dalam bahasa Arab dan /s/ dalam Geʽez (/θ/ dalam Geʽez awal)
    • *š (*s₁) yang menjadi /ʃ/ dalam bahasa Ibrani tetapi /s/ dalam bahasa Arab dan Geʽez
    • *ś (*s₂) yang menjadi /s/ (ditulis sebagai ś) dalam bahasa Ibrani tetapi /ʃ/ dalam bahasa Arab dan /ɬ/ dalam Geʽez
    • *s (*s₃) yang menjadi /s/ dalam bahasa Ibrani, Arab dan Geʽez
  • Tiga geseran penegas (*θ̣, *ṣ, *ṣ́)

Sebutan tepat bagi geseran-geseran dalam bahasa Semitik Purba, terutamanya *š, *ś, *s dan *ṣ, masih belum difahami sepenuhnya. Terdapat pelbagai sistem tatatanda yang dicipta untuk menerangkannya. Notasi yang diterangkan di sini adalah kaedah tradisional dan berdasarkan sebutannya dalam Ibrani, dan sebutan ini telah digunakan untuk Semitik Purba. Notasi *s₁, *s₂, *s₃ banyak digunakan dalam kajian tentang bahasa Arab Selatan Kuno, tetapi baru-baru ini ia telah digunakan oleh sesetengah pengarang untuk membincangkan bahasa Semitik Purba tanpa berkomited dengan mana-mana sebutan tertentu. Walau bagaimanapun, transkripsi-transkripsi yang lebih lama masih lebih biasa di kalangan sarjana yang mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan tafsiran tradisional.[18]

Pandangan lama, seperti yang digunakan dalam pentranskripsian konvensional dan masih dipercayai oleh sesetengah pengarang[19][20][21] ialah *š ialah bunyi geseran belakang gusi tak bersuara ([ʃ]), *s ialah sibilan gusi tak bersuara ([s]) dan *ś ialah geseran sisian guis tak bersuara ([ɬ]). Selaras dengan itu, *ṣ dianggap sebagai versi penegas bagi *s ([sʼ]), *z sebagai versi bersuara ([z]), dan *ṣ́ sebagai versi penegas bagi *ś ([ɬʼ]). Rekonstruksi *ś ṣ́ sebagai bunyi geseran sisian (atau letusan) adalah pasti walaupun tidak banyak bahasa hari ini ada lagi bunyi tersebut. Sebutan *ś ṣ́ sebagai [ɬ ɬʼ] masih ada dalam bahasa Arab Selatan Moden (seperti Mehri), dan bukti bagi sebutan dengan bunyi sisian terdapat dalam beberapa bahasa lain. Contohnya, baśam dalam Ibrani Alkitab telah dipinjam ke dalam bahasa Yunani Kuno sebagai balsamon (memasuki bahasa Inggeris "balsam"), dan ahli tatabahasa Arab Sibawaih dari abad ke-8 menghuraikan dengan jelas *ṣ́ yang diturunkan ke bahasa Arab, kini disebut [dˤ] dalam sebutan baku atau [ðˤ] dalam dialek-dialek Badawi, disebut sebagai geseran sisian bersuara berfarinks [ɮˤ].[22][23] (Bandingkan alcalde dalam Sepanyol, daripada bahasa Arab Andalusia اَلْقَاضِيcode: ar is deprecated al-qāḍī "hakim".)

Apa yang tidak disepakati adalah sama ada bunyi-bunyinya geseran atau letusan dalam bahasa Semitik Purba, dan sama ada bunyi yang dilambangkan dengan *š disebut [ʃ] (atau sebagainya) dalam Semitik Purba, seperti dalam pandangan lama, atau disebut [s]. Isu sifat konsonan-konsonan "penegas", yang dibincangkan di atas, agak berkaitan dengan isu-isu topik ini juga.

Dalam pandangan lama, terdapat dua dimensi modifikasi, minimum dan maksimum, yang boleh berlaku:

  1. Dalam berapa banyak bunyi dikira sebagai letusan. Pandangan "letusan minimum" menyatakan hanya *ṣ penegas adalah letusan [t͡sʼ]. Pandangan "letusan maksimum" menyatakan *s *z sebenarnya adalah letusan [t͡s d͡z] manakala *š sebenarnya adalah geseran [s].[24]
  2. Dalam menentukan sekiranya idea letusan patut dilanjutkan untuk memasukkan bunyi antara gigi dan sisian. Pandangan "lanjutan minimum" mencadangkan cuma sibilan sahaja dikira sebagai letusan, dan bunyi-bunyi "geseran" yang lain hanyalah geseran. Sementara itu, pandangan "lanjutan maksimum" meluaskan interpretasi ini untuk merangkumi semua bunyi. Dalam pandangan minimum, hanya bunyi penegas sahaja letusan, *ṣ θ̣ ṣ́ penegas adalah [t͡sʼ t͡θʼ t͡ɬʼ]. Pandangan maksimum pula percaya bunyi bukan penegas seperti *θ ð ś juga dikira sebagai letusan.

Letusan dicadangkan dalam bahasa Semitik Purba lama dahulu tetapi tidak ramai orang bersetuju sehinggalah karya Alice Faber (1981)[perlu rujukan] yang mencabar pendekatan lama. Bahasa-bahasa Semitik yang masih hidup sering mempunyai geseran untuk konsonan-konsonan ini. Namun, bahasa Ethiopik dan Ibrani Moden, dalam pelbagai qiraat, menggunakan letusan untuk *ṣ.[25]

Bukti untuk pelbagai terjemahan letusan sibilant berpunca daripada bukti langsung dalam transkripsi bertulis dan menganalisis struktur. Namun, bukti untuk pandangan "lanjutan maksimum" yang meluaskan terjemahan letusan kepada "geseran" bukan sibilan adalah kebanyakannya berdasarkan analisis struktur, kerana bunyi-bunyi ini tidak lazim dalam bahasa Semitik dan lebih sukar ditemui dalam bahasa-bahasa yang mana perkataan Semitik ditranskripsikan. Ini menjadikannya mencabar untuk memahami transkripsi-transkripsi dengan jelas.

Pandangan letusan yang paling sempit (hanya *ṣ adalah letusan [t͡sʼ]) adalah yang paling diterima.[11] Sebutan letusan dibuktikan secara langsung dalam bahasa-bahasa Ethiopik moden dan Ibrani Moden, seperti yang disebutkan di atas, tetapi juga dalam transkripsi purba banyak bahasa Semitik dalam pelbagai bahasa lain:

  • Transkripsi Ge'ez dari zaman Kerajaan Aksum (awal zaman Masihi): ṣəyāmo diterjemahkan sebagai τζιαμω tziamō dalam Yunani.[11]
  • Qiraat Ibrani bagi ṣ disebut [t͡s] jelas berasal sekurang-kurangnya dari zaman pertengahan, seperti yang ditunjukkan dengan penggunaan צcode: he is deprecated (ṣ) bahasa Ibrani untuk melambangkan letusan dalam bahasa Parsi Baharu awal, Turki Osmanli Lama, Jerman Hulu Pertengahan, Yiddish, dsb. Begitu juga dengan bahasa Perancis Lama c /t͡s/ digunakan untuk mengalih huruf צcode: he is deprecated : Ibrani ṣɛdɛḳ "perbenaran" dan ʼārɛṣ "tanah (Israel)" ditulis cedek, arec.[11]
  • Terdapat juga bukti untuk letusan dalam ṣ bahasa Ibrani Kuno dan Fonisia. ṣ Punik sering ditranskripsikan sebagai ts atau t dalam bahasa Latin dan Yunani atau kadangkala ks dalam Yunani; ini juga sepadan dengan nama-nama dan kata pinjaman Mesir dalam bahasa Ibrani dan Fonisia yang menggunakan ṣ untuk melambangkan letusan lelangit Mesir ḏ (lazimnya diterangkan sebagai [d͡ʒ] bersuara tetapi juga mungkin [t͡ʃʼ] ejektif tidak bersuara).[11]
  • Bahasa Aram dan Syria pernah mempunyai *ṣ sehingga satu ketika, seperti yang dilihat dalam kata pinjaman Armenia Klasik: צררcode: arc is deprecated bahasa Aram 'ikatan, tandan' → crar Armenia klasik /t͡sɹaɹ/.[26]

Pandangan "letusan maksimum", digunakan hanya untuk sibilan, juga mempunyai bukti dalam tulisan. Menurut Kogan, ramai pakar bersetuju bahawa bunyi yang dilambangkan dengan huruf Akkadia s z ṣ boleh di terjemahkan sebagai letusan.[11]

  • Tulisan pepaku Akkadia, seperti yang diadaptasi untuk menulis pelbagai bahasa lain, menggunakan tanda z- untuk melambangkan letusan. Antara contohnya /ts/ dalam bahasa Het,[26] letusan Mesir ṯ dalam surat-surat Amarna dan Iran Lama /t͡ʃ d͡ʒ/ dalam bahasa Elam.[11]
  • Transkripsi Mesir bagi perkataan Kanaan awal dengan *z, *s, *ṣ menggunakan letusan (ṯ untuk *s, ḏ untuk *z, *ṣ).[11]
  • Kata pinjaman Semit Barat dalam "stratum lama" bahasa Armenia mencerminkan *s *z sebagai letusan /t͡sʰ/, /d͡z/.[25]
  • Pinjaman Yunani untuk Phoenicia 𐤔 *š untuk melambangkan /s/ (bandingkan dengan Σ Yunani), dan 𐤎 *s untuk melambangkan /ks/ (bandingkan dengan Ξ Yunani) sukar untuk dijelaskan jika *s kemudian mempunyai nilai [s] dalam bahasa Phoenicia, tetapi agak mudah untuk dijelaskan jika ia benar-benar mempunyai nilai [t͡s] (lebih-lebih lagi jika *š mempunyai nilai [s]).[11]
  • Seperti yang demikian, bahasa Phoenicia menggunakan 𐤔 *š untuk melambangkan geseran sibilan dalam bahasa lain dan bukannya 𐤎 *s sehingga pertengahan abad ke-3 SM, yang telah digunakan oleh Friedrich/Röllig 1999 (ms. 27–28)[27] sebagai bukti adanya sebutan letusan dalam bahasa Phoenicia sehingga itu. Sebaliknya, orang Mesir mula menggunakan s menggantikan ṯ yang lama untuk melambangkan s bahasa Kanaan sekitar 1000 SM. Maka, Kogan[11] menganggap bunyi letusan dalam bahasa Phoenicia hilang lebih awal, dan beliau mengandaikan bahawa letusan sibilan asing yang dimaksudkan mempunyai bunyi yang lebih hampir dengan [ʃ] daripada [s]. (Tafsiran yang sama untuk sekurang-kurangnya s dalam Latin telah dicadangkan[28] oleh pelbagai ahli bahasa berdasarkan bukti sebutan serupa s bertulis dalam beberapa bahasa Romawi abad pertengahan awal; istilah teknikal untuk sibilan "perantara" ini ialah sibilan gusi lebih belakang tak bersuara.) Walau bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa bahasa Kanaan mempunyai banyak variasi pada masa itu. Dialek Phoenicia Awal utara yang dituturkan oleh orang Yunani mungkin mengekalkan sebutan letusan sehingga setidaknya 800 SM, tidak seperti dialek Kanaan selatan yang berinteraksi dengan orang Mesir. Ini bermakna tidak ada percanggahan.

Manuskrip Akkadia awal memberikan bukti sebutan letusan untuk bunyi s z ṣ. Contohnya, gabungan ||*t, *d, *ṭ + *š|| disebut sebagai ss, yang masuk akal jika kita menganggap peraturan bahawa |*t, *d, *ṭ + *s|| disebut sebagai [tt͡s].[29] Selain itu, bunyi *s *z *ṣ menjadi *š sebelum bunyi *t, yang berkemungkinan satu bentuk penyahletusan.[30]

Bukti juga menunjukkan bahawa bunyi *š kadangkala boleh disebut sebagai /s/ tetapi ia tidak begitu jelas. Sesetengah penyelidik percaya bahawa bahasa yang hanya mempunyai satu bunyi sibilan jarang mempunyai bunyi [ʃ] dan bunyi [s] adalah lebih biasa.[31] 𐤔 *š dalam bahasa Phoenicia juga mungkin telah disebut sebagai [s] apabila ia mempengaruhi huruf Yunani Σ s. Dalam bahasa Semitik moden seperti Neo-Aram, Arab Selatan Moden, kebanyakan qiraat Ibrani Alkitab, dan Akkadia Babylon Lama, peralihan daripada *š ke [ʃ] dipercayai berlaku melalui beberapa buah perubahan. Ini termasuk peralihan daripada [t͡s] kepada [s] menyebabkan [s] bertukar kepada [ʃ] dalam beberapa bahasa, manakala dalam bahasa lain seperti Arab dan Semitik Ethiopia, kedua-dua bunyi bergabung menjadi [s].

Sebaliknya, sesetengah orang berpendapat bahawa pada mulanya, gabungan bunyi s dalam bahasa Arab berbunyi lebih seperti desisan,[32] serupa dengan [ɕ] atau "sibilan lebih belakang", dan kemudiannya ia menjadi [s]. Ini menunjukkan bahawa bunyi asalnya mungkin lebih dekat kepada [ɕ] atau [ʃ] untuk bunyi *š Semitik Purba. *s dipercayai pasti akan bergabung daripada bunyi [t͡s] dan [s] menjadi [s]. Terdapat juga bukti untuk menyokong idea bahawa bunyi [ʃ] untuk *š wujud pada masa *s masih disebut sebagai [ts].[33] Contohnya, dalam beberapa bentuk kuno Akkadia Babylon Selatan dan dalam transkripsi Mesir bagi perkataan-perkataan Kanaan awal, terdapat contoh yang mana bunyi *š s masing-masing ditulis sebagai š ṯ. (Bunyi ṯ adalah letusan [t͡ʃ], dan pemahaman umum š ialah [ʃ], seperti dalam bahasa Qibti Moden.[33])

Diem (1974) mencadangkan bahawa perubahan bunyi bahasa Kanaan *θ → *š akan lebih semula jadi jika *š ialah [s] daripada [ʃ]. Walau bagaimanapun, Kogan berhujah bahawa, kerana *s adalah [ts] pada masa itu, perubahan daripada *θ kepada *š adalah peleburan yang paling berkemungkinan, tanpa mengira sebutan tepat *š semasa perubahansuran sebutannya sedang berlaku.[11]

Bukti yang menunjukkan bunyi bukan sibilan adalah bersifat letusan kebanyakannya datang daripada melihat pada bunyi-bunyi itu sendiri. Geseran ejektif agak jarang ada dalam semua bahasa, dan apabila satu bahasa mempunyai bunyi ini, ia hampir selalu mempunyai [sʼ] jadi jika *ṣ sebenarnya [tsʼ] letusan, amat luar biasalah jika *θ̣ ṣ́ adalah geseran [θʼ ɬʼ] dan bukan letusan [t͡θʼ t͡ɬʼ]. Menurut Rodinson (1981) dan Weninger (1998), nama tempat Yunani Mátlia, yang menggunakan tl untuk menerjemahkan bunyi ḍ dalam Ge'ez (*ṣ́ dalamcSemitik Purba) adalah "bukti yang jelas" bahawa bunyi ini diletuskan dalam Ge'ez dan mungkin juga dalam Semitik Purba juga.[11]

Bukti untuk tafsiran yang paling maksimum, yang mana semua konsonan antara gigi dan obstruen sisian adalah letusan, majoritinya berasaskan analisis struktur: ia akan menjadi lebih seimbang jika ia direkonstruksi begitu.

Peralihan *š kepada h berlaku dalam kebanyakan bahasa Semitik (selain Akkadia, Minae, Qataba) dalam morfem tatabahasa dan kata ganti, dan tidak jelas sama ada penyingkatan *š bermula dalam sebuah bahasa turunan purba atau dalam bahasa Semitik Purba sendiri. Oleh itu, sesetengah orang mencadangkan bahawa *š̠ yang lemah mungkin fonem asing dalam Semitik Purba.[34]

Prosodi

Bahasa Semitik Purba rekonstruksi mempunyai tekanan bukan fonemik pada mora ketiga yang dikira dari hujung perkataan,[35] iaitu pada suku kata kedua dari hujung jika ia mempunyai struktur CVC atau CVː (C ialah sebarang konsonan dan V ialah sebarang vokal), atau pada suku kata ketiga dari akhir, jika yang suku kata kedua mempunyai struktur CV.[36]

Morfofonologi

Bahasa Semitik Purba hanya membenarkan suku kata bagi struktur-struktur CVC, CVː, atau CV . Ia tidak membenarkan dua atau lebih gugusan konsonan, gugusan tiga atau lebih konsonan, hiatus oleh dua atau lebih vokal, atau vokal panjang dalam suku kata tertutup hadir pada akhir kata.[37]

Kebanyakan akar mempunyai tiga konsonan. Akan tetapi, nampaknya pada asalnya akar trikonsonan ini berasal daripada akar dwikonsonan (menurut bukti rekonstruksi dalaman dan luaran). Untuk membina bentuk tatabahasa tertentu, vokal tertentu disisipkan di antara konsonan-konsonan akar.[38][39] Terdapat peraturan pada struktur akar: akar tidak boleh bermula dengan dua konsonan yang sama, dan akar amat jarang mempunyai konsonan pertama dan ketiga yang sama.[40]